Sunday, 30 October 2011

WAKTU SOLAT


Allah mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat fardhu lima kali sehari dalam waktu yang telah ditetapkan. Ini berdasarkan f iman Allah SWT :

"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya "
ayat 103 : Surah An-Nisa'

Waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
 
1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.
 
2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
 
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
 
4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.
 
5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.



Solat Waktu Masuk Waktu Akhir

Zuhur
Gelincir matahari ke arah barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang di sebelah timur
Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya


Asar Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya Terbenamnya seluruh bulatan matahari

Maghrib Terbenamnya seluruh bulatan matahari Hilang cahaya merah di kaki langit

Isya Hilang cahaya merah di kaki langit Terbit fajar sadiq

Subuh Terbit fajar sadiq Terbit matahari

LATIHAN PENGUKUHAN





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...